Search This Blog

Saturday, 9 July 2011

Upacara Sambutan Hari Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) Ke 204 Tahun



Lagu PDRM - Sedia Berkhidmat

Polis sedia berkhidmat                                                                                       
Kerana negara dan rakyat                                                       
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

[Chorus]

Polis sedia berkhidmat
Kerana negara dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Tanda lekat di lengan
Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

[Chorus]
Budak-budak pergi sekolah
Yang tua berjalan ke kedai
Polis pimpin menyeberang jalan
Semuanya selamat sampai

[Chorus]
Waktu kita bekerja
Rumah tinggal dijaga
Itulah tandanya
Polis sedia berkhidmat

[Chorus]
Bila kebakaran berlaku
Jiran tiada di situ
Polis berlari tolong bantu
Anak tidur selamat tentu

Lambang Kemegahan PDRM

 

Bulan dan bintang

Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Mahkota

Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah Saws.jpg sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

Keris dan parang

Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.

Kepala harimau

Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.

Bunga padi

Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.

Moto

Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.

Sang Saka Biru

Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.

Tanda & Pangkat PDRM

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
PEGAWAI KANAN
PEMERINTAH PDRM (DIGP - IGP)
Inspector General of Police Ketua Polis Negara
Deputy Inspector General of Police Timbalan Ketua Polis Negara
PEGAWAI KANAN DIWARTAKAN KATEGORI PESURUHJAYA (ACP - CP)
Commissioner of Police Pesuruhjaya Polis
Deputi Commissioner of Police Timbalan Pesuruhjaya Polis
Senior Assistant Commissioner of Police Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis
Assistant Commissioner of Police Penolong Pesuruhjaya Polis
PEGAWAI KANAN DIWARTAKAN KATEGORI PENGUASA (ASP - SP)
Superintendant of Police Penguasa Polis
Deputy Superintendant of Police Timbalan Penguasa Polis
Assistant Superintendant of Police Penolong Penguasa Polis
PEGAWAI KANAN TIDAK DIWARTAKAN KUMPULAN INSPEKTOR (Inspektor Percubaan - Ketua Inspektor)
Chief Inspector of Police Ketua Inspektor
Inspector of Police Inspektor
Probationary Inspector of Police Inspektor Percubaan
PEGAWAI RENDAH PDRM (Rank and File, RF)
Sub Inspector of Police Sub Inspektor
Sergeant Major of Police Sarjan Mejar
Police Sergeant Sarjan
Police Corporal Koperal
Police Lance Corporal Lans Koperal
Police Constable Konstabel

PDRM (Polis Diraja Malaysia)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 89,197 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pertubuhan ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Dato' Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.
Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006. PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Polis Nasional Republik Indonesia (POLRI), Polis Diraja Thailand (Royal Thai Police Department) , Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Singapura.

Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.

Cita-cita Saya...

 Assalamualikum....??صباح الخير??كيف حالك 
Nama ana Nur Adilla Binti Zaharuddin. Dilahirkan pada tanggal 22 Januari 1997, ana merupakan anak sulung dalam keluarga. Sebagai anak sulung dalam keluarga, ana berhasrat ingin membantu dan membalas jasa kedua ibu dan bapa ana yang telah banyak berkorban demi melihat kejayaan ana. Oleh yang demikian, ana telah menetapkan satu cita-cita yang murni agar dapat merealisasikan impian ana dan keluarga. Keinginan yang mendalam untuk menjadi seorang anggota polis diharapkan dapat memberi impak yang besar dalam kehidupan ana supaya menjadi seseorang yang lebih bersemangat, cekal dan tabah dalam meniti hari-hari mendatang. Ana juga sentiasa berdoa agar cita-cita untuk menjadi seorang anggota polis dapat dicapai.

definisi cita-cita...

Setiap manusia pasti mempunyai cita-citanya yang tersendiri. Namun, adakah setiap insan yang bernyawa itu tahu akan definisi sebenar cita-cita? Cita-cita dapat didefinisikan sebagai keinginan yg selalu ada didalam fikiran. Menurut laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia iaitu http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cita-cita&id=+Cari cita-cita juga membawa maksud tujuan yang hendak dicapai atau yang hendak dilakukan. Konklusinya, cita-cita merupakan sesuatu yang amat signifikan dalam hidup manusia.